Ok. Entri kali ni pasal mengidam buah durian dan persoalannya, Bolehkah Makan Durian Ketika Hamil?? rse bersalah sangat2 sebab makan durian sampai 7 ulas ok.. tapi 7 ulas yang kecik2 la .. bukan yg Durian D24 tu.. plus, aku siap bli kacang, buat bubur kacang campur durian.. mablesss gila la kannn.. tapi sebelum makan durian tu aku makan nasi + tempoyak.. memang thorrbaekkk la...
Balik kerja semalam la.. ada plak durian jual longgok2 depan Nailis... aku memang mengidam nak makan durian mse awal2 mengandung ritu.. tp disebabkan xboleh makan trimester pertama.. so aku tahan dulu nafsu aku nak makan durian.. skng dah masuk trimester ke-2.. ahhhhhh... tak kira.. nak jugakk.. ngeh3..
Lepas dah makan.. tbe2 perut aku keras semacam je.. mana xnyer.. 7 ulas ko bedal.. pastu sendawa memang xley blah la kann... Disebabkan rasa bersalah dengan baby aku, aku google lah "Bolehkah Makan Durian Ketika Hamil??" ... Jawapan semua ada di dalam blog drzubaidi.com ... Penerangan nyer seperti dibawah ni:-
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ya, dalam jumlah sederhana. Ini kerana, durian mempunyai kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi. Dua ulas durian bersaiz sederhana mengandungi 60 kalori. Durian dianggap sebagai makanan yang mempunyai glisemik tinggi, oleh itu lebih baik jika anda mengehadkan pengambilan durian semasa hamil.
Wanita hamil yang menghidap kencing manis (diabetes gestasi) perlu mengelak daripada memakan durian kerana kandungan gulanya yang tinggi.
Beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan manfaat organo-sulfur dan triptofan dalam durian. Bahan-bahan tersebut mempunyai kesan antioksidan. Ia juga mempunyai unsur-unsur anti-mikrobial, anti-bakteria dan anti-fungus yang bermanfaat bagi wanita hamil.
Sesetengah komuniti di Asia masih mengekalkan pantang larang tidak makan durian semasa kehamilan. Sebagai contoh, pendekatan tradisional Cina untuk kesihatan, durian dianggap terlalu "panas" untuk dimakan semasa kehamilan. Oleh sebab itu, kebanyakan komuniti Cina di Asia Tenggara menasihatkan bakal-bakal ibu untuk tidak makan raja buah ini.
Walau bagaimanapun, tidak ada kajian yang dilakukan mengenai samada durian selamat dimakan semasa hamil. Pada masa yang sama, kaedah sains moden belum membuktikan sebarang sebab yang boleh dipercayai bahawa ianya tidak selamat. Tidak ada sebab untuk memutuskan bahawa memakan durian semasa hamil boleh menyebabkan tekanan darah tinggi kepada si ibu atau ruam lampin kepada bayi yang baru lahir, seperti mana yang digembar-gemburkan oleh masyarakat tradisional.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
haaa...Boleh makan kn.. tapi dalam kuantiti yang sedikit.. lepas dari makan tu baby aku xtendang2.. ishhh.. risau la jugak kan terjadi apa2 ke.. tapi ble aku dh baca blog tu.. baru la hati aku ok sikit... ok.. lepas ni tobat xmao makan lg durian sampai abiz pantang.. tapi tu la.. time2 ngandung ni la time ni musim durian... menguji keimanan betol..
Hari ni pulak pagi2 lg MIA dh mintak bubur untuk bawak bekal.. Mentang2 aku dah tobat rini xmao makan durian lg dah.. dia boleh plak wassup gambar bubur tu.. siap beli roti lg tu.. hai la suami.. seb baik la suami.. xpe2.. sabar ika.. sabar..
No comments:
Post a Comment