Tuesday, June 24, 2014

Bolehkah Makan Durian Ketika Hamil??

Ok. Entri kali ni pasal mengidam buah durian dan persoalannya, Bolehkah Makan Durian Ketika Hamil?? rse bersalah sangat2 sebab makan durian sampai 7 ulas ok.. tapi 7 ulas yang kecik2 la .. bukan yg Durian D24 tu.. plus, aku siap bli kacang, buat bubur kacang campur durian.. mablesss gila la kannn.. tapi sebelum makan durian tu aku makan nasi + tempoyak.. memang thorrbaekkk la...

Balik kerja semalam la.. ada plak durian jual longgok2 depan Nailis... aku memang mengidam nak makan durian mse awal2 mengandung ritu.. tp disebabkan xboleh makan trimester pertama.. so aku tahan dulu nafsu aku nak makan durian.. skng dah masuk trimester ke-2.. ahhhhhh... tak kira.. nak jugakk.. ngeh3..

Lepas dah makan.. tbe2 perut aku keras semacam je.. mana xnyer.. 7 ulas ko bedal.. pastu sendawa memang xley blah la kann... Disebabkan rasa bersalah dengan baby aku, aku google lah "Bolehkah Makan Durian Ketika Hamil??" ... Jawapan semua ada di dalam blog drzubaidi.com ... Penerangan nyer seperti dibawah ni:-

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ya, dalam jumlah sederhana. Ini kerana, durian mempunyai kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi. Dua ulas durian bersaiz sederhana mengandungi 60 kalori. Durian dianggap sebagai makanan yang mempunyai glisemik tinggi, oleh itu lebih baik jika anda mengehadkan pengambilan durian semasa hamil.

Wanita hamil yang menghidap kencing manis (diabetes gestasi) perlu mengelak daripada memakan durian kerana kandungan gulanya yang tinggi.

Beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan manfaat organo-sulfur dan triptofan dalam durian. Bahan-bahan tersebut mempunyai kesan antioksidan. Ia juga mempunyai unsur-unsur anti-mikrobial, anti-bakteria dan anti-fungus yang bermanfaat bagi wanita hamil.

Sesetengah komuniti di Asia masih mengekalkan pantang larang tidak makan durian semasa kehamilan. Sebagai contoh, pendekatan tradisional Cina untuk kesihatan, durian dianggap terlalu "panas" untuk dimakan semasa kehamilan. Oleh sebab itu, kebanyakan komuniti Cina di Asia Tenggara menasihatkan bakal-bakal ibu untuk tidak makan raja buah ini. 

Walau bagaimanapun, tidak ada kajian yang dilakukan mengenai samada durian selamat dimakan semasa hamil. Pada masa yang sama, kaedah sains moden belum membuktikan sebarang sebab yang boleh dipercayai bahawa ianya tidak selamat. Tidak ada sebab untuk memutuskan bahawa memakan durian semasa hamil boleh menyebabkan tekanan darah tinggi kepada si ibu atau ruam lampin kepada bayi yang baru lahir, seperti mana yang digembar-gemburkan oleh masyarakat tradisional.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



haaa...Boleh makan kn.. tapi dalam kuantiti yang sedikit.. lepas dari makan tu baby aku xtendang2.. ishhh.. risau la jugak kan terjadi apa2 ke.. tapi ble aku dh baca blog tu.. baru la hati aku ok sikit... ok.. lepas ni tobat xmao makan lg durian sampai abiz pantang.. tapi tu la.. time2 ngandung ni la time ni musim durian... menguji keimanan betol.. 


Hari ni pulak pagi2 lg MIA dh mintak bubur untuk bawak bekal.. Mentang2 aku dah tobat rini xmao makan durian lg dah.. dia boleh plak wassup gambar bubur tu.. siap beli roti lg tu.. hai la suami.. seb baik la suami.. xpe2.. sabar ika.. sabar..



Thursday, June 12, 2014

Kesedihan dalam Kebahagiaan..

Hahahaaa.. mcm tajuk lagu pulak kan.. hari ni btol2 menguji.. salah aku atau salah orang lain aku xpasti.. tapi btol2 buat air mata aku menitik.. paham.. masing emosi dgn tekanan kerja.. tapi orang ckp tu mungkin aku "wrong timing".. dah pulakkkk.. xpasal2 aku kena marah pagi2.. hihi.. utk menghiburkan hati yg duka lara.. aku tgk gambar yang membuatkan hari aku kembali happy..

Gambar anak yang bakal aku lahirkan..

Terus aku rasa happy sangat..

Semalam punya cerita la ni.. dah dijadualkan smlm mmg scan 3D/4D baby.. ingat nak ambik half day ..tp mlm sblm tu boleh plak mata aku merah mcm sakit mata.. Mungkin sbb pkai lense lama sangat.. lebih 8 jam.. 1 mlm xley nak tdo.. berdenyut2 mata aku.. dh merengek2 kt MIA.. MIA kalo tdo, bunyi bom pon mmg xsedar... ishhh... dan disebabkan tu jgk aku xlarat nak pegi keje.. so terus la ambik mc..

Excited nak scan bby.. ye a la.. 1st bby katakan..aku scan kat tempat kak ati suggest kan..  KLINIK FAUZIAH dekat Desa Ampang.. Fb: 3D/4D..

Aku pergi pon berdasarkan kak ati ckp Dr. Jezlyn tu bagus.. pandai pujuk bby kita tunjuk muka.. memang bagus pon Dr. tu.. bukan main ssh lagi bby aku nk tunjuk muka.. pujuk punya pujuk pon xmao tunjuk jgk.. Dr. tu siap goncang2 perut aku.. pon xnk tnjuk muka jgk.. sampai sakit la perut aku sbb kne kuku pjg dia tu.. baby aku terselit blkng uri.. ssh nak capture muka dia.. tp yg bergerak adalah mulut dia... asyik menguap2.. ngntok..tgn isap jari.. usap2 muka.. ikot spe la kn.. opkos la MIA.. haha. Ok. Tu tipu.. aku mmg mgku kuat tido.. hahahhaa

Disbbkn ssh nak tunjuk muka, Dr. Jezlyn soh aku jalan2 dkt lua 5min.. bg bby berpusing skit.. msk dlm bilik tu balik, akhirnya tunjuk muka jgk.. tapi tu la.. sekejap je.. pastu menyorok balik..  ngntok.. nguap2.. ishhh.. geram btol mama dgn bby ni la.. malu la tu nk tunjuk muka.. dapat capture pic dia pon mulut muncung je.. ikot mama dia la tu.. kuat majuk.. kuat nangis.. haha..

Disbbkn tu jgk.. sepatutnya kne bayar rm120... aku byr separuh harga sbb bby xtunjuk muka..aku dpt gambar tapi xdpt CD la.. dlm website pon dia ada tulis.. kalo baby xnmpk muka tak dikenakan byrn.. nak tau ke pe jantina bby aku??? Jeng.. jeng.. jeng..

RAHSIA LA.. MANA BOLEH BAGI TAHU.. Hihi..  tungguuuuu....


Dah2.. dah kul 2 pagi.. tido2.. MIA ckp nak tgk bola.. msti memekak jap lg tu kang.. xpon bkn dia tgk t.v.. t.v tgk dia... hihi.. 

hari ni msk nya nifsu sya'ban... Sekejap je kan.. lepas tu ramadhan.. lepas tu raya.. Lepas tu.. bersalin.. auwww... nebes.. 

sebelum tido kita kena mintak maaf dkt orang lain.. dan memaafkan orang lain.. ok.. gud nite kawan2.. 

Thursday, June 5, 2014

Cameron Highlands. 2 Hari 1 Malam.

haiii korang..

entri kali ni pasal bercuti di Cameron Highlands.  Aku gerak jumaat pagi balik hari Sabtu petang.  Walaupun sekejap tapi memang syokk sgt.  Sebab xpenah pegi kann.  25 tahun hidup xpenah pegi Cameron Highlands.  Sian kat aku kannn.  hahahaa.. Ingat aku je yg xpenah pegi, rupa2 nya MIA (my incik Acap) pon xpenah pegi.  Nasib kami memang serupa.  hahahaa..

disebabkan tak pernah pergi ke sana.. seminggu jugak la nak cari hotel budget yg ok & murah dan dekat dengan Brinchang, sebab ada pasar malam.. Dengan pertolongan En. GOOGLE.. aku search tempat2 yang menarik dekat sana.. memudahkan perjalanan aku kat sana..nanti dah sampai sana xada la tercari2 tempat yg nak ditujui kan..

Dengan pertolongan Mr.Kumai.Blog jugak la memudahkan lagi aku ke sana.. sebab dia dah bagi jadual perjalanan untuk 2 Hari 1 Malam.  Memang terbaikk la.. Memudahkan lagi keje aku.. hihihi...

MELAWAT 2 HARI 1 MALAM


(Melalui Tapah atau Raub)

Ini jadual aku masa pegi ke sana:

Hari Pertama: 

10.00 pagi : Baru bertolak dari Kuala Lumpur.
11.30 pagi : Sampai di Tapah 
(Satu setengah jam je dari Kuala Lumpur, lg 69km lg yer utk ke puncak Cameron, pening kepala aku dengan jalan berpusing2) 
1.00 tghari :  Sampai di Brinchang, Makan Tengahari dan Check In Hotel Silverstar (RM 198/malam - boleh duduk utk 5 orang yer, bsr sgt bilik dia, cuma bilik air la kecik skit & susah nak parking kereta)
2.00 petang : Check In dan solat- atau jamak 
3.00 petang : Cactus Point (sebab pusing2 cari Cactus Valley & Big Strawberry Farm xjumpe)
4.00 petang : Cactus Valley dan Big Strawberry Farm 
(setelah pusing beberapa kali br la jumpe, pdhal dekat je dengan hotel aku, cehh)
6.00 petang atau ke Malam : Makan Petang & Pasar Malam Brinchang 
(Hanya pada hari Jumaat dan Sabtu, time cuti sekolah tiap2 hari buka)
-kalau nak dapat strawberry murah baik beli dekat pasar malam, bunga pon dorang jual murah2 je, beli souvenir Cameron Highlands tok akak2 opis aku. 
9.00 malam : Jika sudah ke pasar malam , boleh menikmati Steam Boat, jika tidak pusingan kedua bershoping. (aku xlarat dh nak keluar lps balik dari Pasar Malam, penat oo pusing dengan barang penuh kat tangan nyer, dengan hujan nyer.. so aku bli mknn & makan kat hotel je)

Hari Kedua:          
                                              
Sehingga 9.00 pagi : Sarapan dan Check Out
10.00 pagi : Sungei Palas Tea Centre, Teh BOH (lebih baik pegi waktu pagi la, sebab jalan kat sana nak ke puncak ladang teh kecik ok, seram je kalo selisih dengan bus) 
- Nasib baik la aku ni mengandung, so diberi keistimewaan boleh bawak kereta naik ke atas, kalo x korang kena panjat bukit 200 meter nak smpai ke Teh BOH ni ok, lgpon mak aku sakit kaki sebab byk berjln semalam)
11.00 pagi  :  Pergi ke Tringkap -ats skit dari Brinchang untuk ke Lavender Garden (best gle tempat ni, byk bunga Lavender.. cantikkk)
12.00 tghari : Kea Farm- Shoping terakhir
1.00  tghari  : Singgah Tanah Rata & Mardi (tapi xmasuk sebab time tu tiba hujan)
2.30 petang : Makan di Lata Iskandar, tangkap gambar berlatar belakangkan air terjun.. cantik tempat ni.. 
4.00 petang  : Sampai Tapah dan terus ke Kuala Lumpur... Pulang ke rumah dengan berhati-hati.. 

Gambar Hari Pertama 

Hotel Silverstar- Belah aku ada katil single & queen

Belah mak & adik aku ada 2 katil single (kami pilih family room) boleh muat 5 orang dewasa.

Pemandangan dari tingkap Hotel.

Cactus Point - mak aku paling excited sbb dia memang suka bunga.. 

ada 2 dak mok .. hahaha


alamak, gambar ni ternmpak sgt perut plak.. hihi

Cantik sangat kan cactus warna warni ni.. 




Bunga Ros.

EQ Strawberry- Tempat ni nak petik strawberry 1/2 kilo RM 30.. 
Adik aku tengah makan Coklat Strawberry.

Mak aku pon nak jugak kann.. haha ;p

S'Corner - Kat sini banyak Kedai Strawberry & Cactus.. salah satu nye adalah ini.. 
Kena pandai pilih tempat


Ok. akhirnya kami jumpe Big Red Strawberry Farm & Cactus Valley ni, padahal dah lalu 2,3 kali jalan ni.. 
Signboard dia xnmpak sangat.. 



Malam pergi ke Pasar Malam Brinchang..


Gambar Hari Kedua

Sungei Palas BOH Tea Centre- Time ni kitowg kat kaki bukit lagi, ada Pakcik tu cakap, adik mengandung boleh naik kereta naik atas.. ktowg pe lg.. cepat2 pegi ke kereta.. 

Posing dulu sebelum pergi ke Kilang Teh Boh

Ok. Kami dah smpai ke Puncak..



Sebelum masuk ke Kilang Teh, kita pose dulu..

Salah satu mesin yang di gunakan di Kilang Teh BOH..


Bau teh yg tgh diproses mcm bau inai yg kte bancuh tu. hihi

Pemandangan dari atas Teh Centre

Abadikan kenangan di BOH Tea Centre, Sungei Palas.

ok.. Next kita pergi ke Lavender Garden, atas sikit dari Brinchang.. dekat Tringkap.. dalam 10km jugak la dari Brinchang.. aku nak sgt pergi sini sebab tgk dekat Blog orang lain cntik bunga yang ada dekat sini.. 
Dah sampai depan pintu masuk, aku excited mcm org gila.. haha.. MIA geleng2 kepala je.. 

 
Lavender Garden - nak masuk kena bayar RM5 seorang


Boleh petik bunga sendiri yer.. RM 2/sebatang

Cantikk kan bunga kat sini.. 

Arghhh.. cntik nyer.. boleh x tbe2 nak lari kt tgh2 bunga tu pastu nyanyi Kuch Kuch Hota Hai.. 
hahaha.. ok. tipu! 







Padlock - mcm kat korea plak rasa nya.. 



Mcm2 la ibu ngndung ni.. semua tempat nak ambik gambar.. 
Nasib baik MIA nak melayan.. hahaha..










Ok. Lepas dah melawat Lavender Garden, kitaorang nak balik ke Kuala Lumpur, tapi sebelum tu shopping terakhir di KEA FARM.. aku bli bantal Cameron & payung Cameron.. lps dari tu kami terus ke Tanah Rata.. Sebab nak balik ke KL akan melalui jalan ni.. 


MARDI, Tanah Rata- Nak masuk kena bayar RM3/seorang.  Tapi kami xmasuk sebab hujan..



Tanah Rata- Ecece.. dengan mak2 aku pon join posing skali.. 

Ok. xpyh la hire photographer utk baby bump.  yg ni pon dh ok. haha. 
Semoga anak yg aku kandungkan ni menjadi anak yang soleh/solehah. aminn 

Lepas dari tangkap gambar ni tbe2 hujan lebat ok. aku terlupa yg aku mengandung, lari pecut ke kereta ok.
Siap langkah pagar..
Dalam kereta kena marah ngn MIA. haha
maafkan saya..

Hutan Lipur Lata Iskandar 

Cantik sgt air terjun kt sini.

Lepas makan dekat Lata Iskandar, kami balik ke Kuala Lumpur.. Walaupun percutian pendek, 2 Hari 1 Malam tapi bagi aku bermakna sangat..  Boleh tak aku ckap yang aku betol2 nak pergi sangat ke Cameron Highland ni sebab mengidam nak pergi ke tempat sejuk (siap ckp xkesah la nak g Cameron ke, Genting ke, janji tempat sejuk).. haha.. macam2.. Mula2 MIA xmao pergi tau.. Siap dah book hotel nak pergi ke PD.. sedih aku bila dia cakap dia dah book hotel dekat PD.. rse nak nangis tau..(ibu mengandung memang sensitif yer kawan2).. Pastu plan mcm xjadi je nk g PD.  so, dia buat keputusan nak pergi Cameron.. yeah!! akhirnya berjaya jugak pujuk MIA.. Syokk sgt.. nanti dah besar anak aku.. aku nak bawak dia datang sini plak..

Nasib baik kami pergi hari Jumaat & Sabtu.. kalo pergi hari Sabtu & Ahad memang jammed okay.. xbergerak kau nak naik ke atas tu.. org kt pasar tu pon ckap kalo pergi hari sabtu & ahad / cuti sekolah, pasar malam mmg crowded sgt, nak bergerak pon susah.. nak pergi ke Ladang Teh pon jammed.. Nasib baik mse aku pergi ladang teh tu walaupun hari sabtu, kami pergi waktu pagi.. tu pon jammed masa nak balik dari Ladang Teh.. dengan jalan sempit lagi.. bertembung dengan bas memang seram.. pe2 pon percutian ni best sgt.. ok. lps ni kena kumpul duit plak untuk baby.. hihi.. tu la shopping xberingat kan.. padan muka aku! haha..

P/S: maaf yer.. gambar kejap terang, kejap gelap..sebab ada byk kamera.. kamera HP MIA, HP aku, DSLR MIA.. kalau gmbr cantik tu dr DLSR la..